Monday, January 09, 2006

sudah lah tu wahai media.. hentikan fitnah ni.

Edisi KL : Kitab Black Metal

Oleh Zainal Zawawi Mohamed

KUALA LUMPUR: Anggota Black Metal di negara ini dipercayai cuba mewujudkan ajaran mereka sendiri melalui sebuah kitab yang mencampuradukkan beberapa ayat suci al-Quran tulisan rumi, hadis dan Injil.

Kandungan kitab Black Metal itu direka mengikut kesesuaian fahaman kumpulan berkenaan.

Naskhah itu dirampas daripada anggota kumpulan terbabit yang ditahan di Jalan Klang Lama, di sini, pada malam sambutan tahun baru lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata kitab itu ditemui dalam beg anggota kumpulan berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan pada malam itu.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui matlamat kitab terbabit dihasilkan.

Antara ayat suci al-Quran digunakan ialah ayat 111 surah Al-Anbiyaa dan beberapa perenggan dalam kitab Injil, katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, polis juga meminta pihak berkuasa lain membantu menjalankan siasatan bagi melumpuhkan kewujudan pengaruh Black Metal, sekali gus menyelamatkan generasi muda.

Harian Metro sebelum ini melaporkan 380 pengunjung membabitkan 310 lelaki dan 70 remaja perempuan Melayu ditahan dalam serbuan di sebuah bangunan di Jalan Klang Lama, di sini, malam tahun baru lalu.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk ujian saringan air kencing bagi mengesan pengambilan dadah.

Pengunjung yang membeli tiket dengan harga mahal sanggup berdiri lebih lima jam sepanjang muzik Black Metal yang memuja syaitan dimainkan sebagai tanda penghormatan.

Ini adalah pantang larang ditetapkan pengikut budaya songsang itu yang lebih senior.

Pada permulaannya, pengunjung sama ada anggota lama atau baru, disajikan dengan muzik yang liriknya membawa kepada pemujaan syaitan sambil meneguk minuman keras.

Selepas mendapati semua yang ada dalam premis itu menari seperti dirasuk syaitan, muzik berkenaan dihentikan dan disajikan dengan muzik oleh kumpulan yang tidak popular.

Di depan pemain dram kumpulan berkenaan pula diletakkan cermin dan kebanyakan pengikut yang sudah sampai ke tahap rasuk akan meletakkan tangan pada cermin itu seperti menggapai secara beramai-ramai.

6 Comments:

Blogger Jsmn said...

hoh. giler. sepanjang aku gi gig takde plak smpi kena rasuk. hahaha gile bangang. kiranya kalau aku sing along tuh aku kena rasuk syaitan aa? =]

5:59 AM  
Blogger amrulkareem said...

haha media terencatt

6:13 AM  
Blogger Suri said...

bowdow gak ah media neh...
nmpk sgt media sebenar nye taleh caya..
grr grrr *geget keyboard neh*

neh dah menokok nambah dah neh..
grr grrr.. *geget skali lagik*

4:29 PM  
Blogger Zinnia Rum said...

aku pernah tau tgk org kena rasuk kat gig. aku lupa nama konsert tu, tapi byk band cina aa kat area central market. Time tu dam dirty apes perform...pastu ade sorang mamat india ni...duk depan stage...pejam mata...sambil menari-nari... lagu dam dirty apes mmg boleh buat org high aaa...demmm

6:04 AM  
Blogger Nazirah Ashari said...

tak guna betol. ader ke orang kene rasuk kat gig. tak pernah didengar pon. aku pegi gig takder pon kene rasuk. diorg tuh sj je nak carik isu. tau nak yg gempak2. paper dah tak laku tuh yg cari bahan ngarut buat citer tak tentu pasal. paper tabloid memang gitu. rasa mcm nak bakar jer all these news yg nraut2 nih. kerana sumer nih la ibu bapak kiter jadik tak tentu pasal balik sedangkan diaorg tak tau what is really happening. im sick of all these things. they can't be judgmental. they have to be real media people. saya budak studi media rasa malu sgt sebab these people are not even make effort to go down, dig in the real story and what is really happening at gigs. if this is the starting point of lesser gigs and lesser independent music, dont blame the young if there are report on rising negative activities among the youth. gigs are not negative. not at all. im sick with this whole thng. sick. sick.

6:51 PM  
Blogger amrulkareem said...

ohh bagus2 cik nazirah.. nnt kau buat surat kkaba ke buat brite kat tv ke.. kau buat btL2 tau.. make us proud.... otak org tua2 ni.. xleh pakai kadang2....narrow

1:20 AM  

Post a Comment

<< Home